Sunday, March 15, 2009

PEMBERITAHUAN
pada 16hb.March,2009 ini KBFK akan menghantar 2 buah pasukan untuk berentap dalam kejohanan futsal antara institusi tertinggi anjuran UBD.

sebanyak 8 pasukan akan berentap dalam kejohanan tersebut iaitu :
1. UBD 'A'
2. UBD 'B'
3. UBD 'C'
4. KUPU SB 'A'
5. KUPU SB 'B'
6. ITB 'A'
7. ITB 'B'
8. UNISSA

KUMPULAN A :
1. UBD A
2. UBD C
3. ITB A
4. KUPU SB B

KUMPULAN B :
1. UBD B
2. KUPU SB A
3. ITB B
4. UNISSA

TARIKH PERLAWANAN :
16.03.09 - perlawanan kumpulan A.
17.03,09 - perlawanan kumpulan B.
18.03.09 - semi final.
22.03.09 - final.

* semua perlawanan akan bermula pada jam 7.00mlm / 7.15mlm, bertempat dewan kompleks UBD.

DIUCAPKAN SEMOGA BERJAYA KEPADA PEMAIN KBFK....

Friday, March 13, 2009

TAHNIAH KEPADA PASUKAN FUTSAL KBFK

Tahniah kepada pasukan futsal KBFK yang mana pasukan KBFK berjaya merangkul gelaran juara futsal anjuran KBU(Kelab Bolasepak UBD) setelah menundukkan pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-1.

*Mahardi@Vio dianugerahkan sebagai pemain terbaik keseluruhan.
Ataillah dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik keseluruhan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasukan KBFK, semoga terus berusaha dengan gigih dimasa akan datang.

Perlawanan persahabatan menentang C.P.F.C


PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG C.P.F.C

Jumaat,13hb Februari- Perlawanan persahabatan antara pasukan KBFK bertemu dengan pasukan C.P.F.C yang berlangsung di Padang kebajikan yang berkesudahan dengan pasukan KBFK menang tipis atas pasukan C.P.F.C 2-1.
Dua jaringan dari pemain KBFK sudah cukup untuk memberikan kemenangan keatas pasukan KBFK.
Beberapa asakan demi asakan dilakukan oleh kedua buah pasukan namun pasukan KBFK terlebih dahulu membuka jaringan melalui pemain penyerang mereka iaitu Awg Mahardi @ vio. Sekali lagi gawang C.P.F.C ditembusi hasil daripada tandukan deras dari pemain pertahanan KBFK iaitu Awg. Hamiduddin sekaligus menewaskan penjaga gol C.P.F.C.
Di minit-minit awal separuh masa kedua, beberapa serangan demi serangan dilakukan, akhirnya pasukan C.P.F.C berjaya menembusi kekentalan pertahanan pasukan KBFK yang dijaringkan oleh pemain penyerang mereka iaitu Awg. Romi.
Perlawanan berakhir dengan pasukan KBFK menang tipis keatas pasukan C.P.F.C dengan jaringan 2-1.