Friday, March 13, 2009

Perlawanan persahabatan menentang C.P.F.C


PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG C.P.F.C

Jumaat,13hb Februari- Perlawanan persahabatan antara pasukan KBFK bertemu dengan pasukan C.P.F.C yang berlangsung di Padang kebajikan yang berkesudahan dengan pasukan KBFK menang tipis atas pasukan C.P.F.C 2-1.
Dua jaringan dari pemain KBFK sudah cukup untuk memberikan kemenangan keatas pasukan KBFK.
Beberapa asakan demi asakan dilakukan oleh kedua buah pasukan namun pasukan KBFK terlebih dahulu membuka jaringan melalui pemain penyerang mereka iaitu Awg Mahardi @ vio. Sekali lagi gawang C.P.F.C ditembusi hasil daripada tandukan deras dari pemain pertahanan KBFK iaitu Awg. Hamiduddin sekaligus menewaskan penjaga gol C.P.F.C.
Di minit-minit awal separuh masa kedua, beberapa serangan demi serangan dilakukan, akhirnya pasukan C.P.F.C berjaya menembusi kekentalan pertahanan pasukan KBFK yang dijaringkan oleh pemain penyerang mereka iaitu Awg. Romi.
Perlawanan berakhir dengan pasukan KBFK menang tipis keatas pasukan C.P.F.C dengan jaringan 2-1.

No comments:

Post a Comment