Wednesday, December 31, 2008

KBFK (3) vs TUTONG (1)
Muda Hasim, Tutong - Pada 31hb.Dis,2008 iaitu hari Rabu, KBFK berjaya menumpaskan Tutong dengan jaringan 3 - 1. Tutong berjaya membuka tirai perlawanan dengan 1 gol tetapi tidak dapat bertahan lama kerana Mahardi(KBFK) berjaya menyamakan kedudukan hasil rimbatan beliau di dalam petak D pada separuh masa pertama. Perlawanan diteruskan hingga wisel penamat bagi separuh masa pertama dan kedudukan masih terikat 1 - 1.
Sebaik saja wisel ditiup bagi separuh masa ke-2, pihak lawan terus mencari ruang untuk menambahkan jaringan mereka namun berjaya di halang oleh pemain pertahanan KBFK. KBFK mula mencorak permainan dan mengatur serangan demi serangan sehinggakan pihak lawan terpaksa berkerja keras untuk menghalang serangan KBFK. Sungguh pun yg demikian, KBFK berjaya menyumbat 1 gol untuk mendahului pihak lawan iaitu hasil sepakan Azri. Ali Noor terpaksa keluar padang dan digantikan dengan Ak Izzat setelah beliau dikasari. KBFK berjaya menambah jaringan melalui sepakan penalti sebaik saja Mahardi dikasari dalam petak D, Shaifuddin berjaya melakukan sepakan penalti dengan sempurna.
Walaupun pihak lawan ketinggalan 2 gol namun mereka masih berjuang untuk mencari gol tetapi semua percubaan yg dibuat dapat di halang oleh penjaga gawang KBFK iaitu Al Hafiz, beliau bermain dengan baik dan beliau juga menjadi "Pemain Terbaik" KBFK. KBFK bermain dengan baik dan Kedudukan 3 - 1 kekal hingga akhir perlawanan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada KBFK semoga terus berjaya.
PEMAIN YG TERLIBAT :
1. Al Hafiz.
2. Hamiduddin (c).
3. Rafi'udin.
4. Yusdi.
5. Ak Arif.
6. Shaifuddin.
7. Ali Noor.
8. Haji Asren.
9. Azri.
10. Mahardi.
11. Haji Ali Rasyid.
12. Ak Izzat.
13. Zaim.
*SIMPANAN HANYA 2 PEMAIN SAHAJA DAN APA YG DIHARAPKAN KEPADA PEMAIN YG TIDAK HADIR SUPAYA AKAN DAPAT HADIR DEMI KEBAIKAN KITANI SEMUA DALAM MEMBENTUK CORAK PEMAINAN DAN PERSEFAHAMAN. SEKIAN

No comments:

Post a Comment