Monday, December 29, 2008

KBFK (2) VS BIRAU TUTONG (3)
Perlawanan persahabatan pada musim cuti semester ini diteruskan lagi dengan menetang Birau pada 29hb.Dis,2008 iaitu pada hari Isnin. perlawanan tersebut bermula pada jam 04:15 petang, di padang Sekolah Rendah Muda Hasim Tutong. Birau telah mendahului 3 gol tanpa balas pada separuh masa pertama. sebaik saja separuh masa ke-2 bermula KBFK mengatur gerakan demi gerakan akhirnya KBFK berjaya menyumbat 1 gol hasil sepakan kencang di dalam petak D yang dibuat oleh Haji Asren. KBFK tidak memberi peluang kepada pasukan lawan, KBFK terus mengatur serangan demi serangan walau pun beberapa percubaan dibuat namun masih belum berjaya menambah jaringan. kemudian KBFK akhirnya berjaya menambah 1 gol lagi, sepakan kencang yg dibuat oleh Ak Arib telah berjaya mengatasi penjaga gawang diluar petak D.

Kedudukan menjadi 3 - 2 hinggalah wisel penamat. Gol pertama Birau adalah 'OFFSIDE' tetapi pihak pengadil menafikan yang gol itu adalah 'OFFSIDE'. walaubagaimana pun pemain KBFK terpaksa akur kepada pengadil, tetapi KBFK memberikan saingan di separuh masa kedua sehinggakan pasukan Birau terpaksa bertungkus-lumus mematahkan serangan yang dibuat oleh KBFK.

Pemain yang terlibat :

  1. Assrol.
  2. Hamidudin.
  3. Rafi'udin.
  4. Yusdi.
  5. Ak Izzat.
  6. Ali Noor.
  7. Saifuddin.
  8. Haji Asren.
  9. Iswandy.
  10. Azri.
  11. Al Hafiz.
  12. Haji Ali Rasyid.
  13. Abd Rasyid.
  14. Ak Arib.
PEMAIN HANYA MENCUKUPI, DIHARAP KEPADA PEMAIN YG TIDAK TERLIBAT SUPAYA AKAN DAPAT HADIR DLM SEBARANG PERLAWANAN. INI ADALAH UNTUK KEBAIKAN KITANI DALAM MEMBENTUK SEFAHAMAN ANTARA PEMAIN-PEMAIN SEWAKTU DI DALAM PADANG AMNYA. SEKIAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DI UCAPKAN KPD KBFK. TERUSKAN PERJUANGAN BISKITA....

No comments:

Post a Comment