Monday, January 26, 2009

KBFK MENANG

Pada hari Isnin 26hb januari, pelawanan persahabatan diadakan diantara KBFK dan Angkatan Tentera Udara Di komplex sukan JKR.. KBFK menang dengan jaringan 4 - 1 kepada A.T.U. Jaringan pertama dihasilkan melalui pengerusi KBFK iaitu Hj Asreen.Tidak lma kemudian A.T.U telah menyamakan kedudukan. Namun dua serangan yang dibuat oleh KBFK mendatangkan hasil yang dijaringkan oleh Mahardi hasil daripada hantaran Iswandy.Separuh masa kdua,KBFK berjaya menjaringkan gol lagi melalui Hj Malak. Tahniah diucapkan kepada KBFK kerana memenangi pelawanan ini..

Sunday, January 25, 2009

KBFK VS ATU

KBFK akan beraksi pada 26hb januari ini menentang Angkatan Tentera Udara pada jam 4ptg di padang JKR..Diharap kepada pemain-pemain KBFK supaya bersedia dan menghadirkan diri pada perlawanan tesebut.

kbfk vs tutong

pada 16 januari 2009 perlawanan persahabatan telah diadakan di komplek Tutong diantara KBFK dan Tutong. KBFK telah tewas dengan jaringan 2-1 kepada Tutong. Gol Tunggal KBFK dijaringkan oleh Hj Malak. serangan demi serangan telah dibuat namun pertahanan dan cuaca yang berangin kuat telah menyukarkan pemain KBFK bermain dengan baik.

Sunday, January 11, 2009

selamat berkuliah
smester baru dtg dh..suk tni mulakan perkuliahan tni..wish u all very good luck in everything

Tuesday, January 6, 2009

MENDAKI BUKIT MARKUCING KG BELIMBING SUBOK
Marul,Chen,Acet n Aku kemarin kami naik bukit markucing meliat2 kadaan disana sal 2 minggu pas kuliah Kelab Rekreasi KUPU SB akan mengadakan hiking disana tpi masih dlm perbincangan. Fuhhh....ampar eh naik bukit ah sampai si chen nda lgi sangup kn naik tapinya siuk jalanya luas pas mandi rah wasai lgi ehee...

Monday, January 5, 2009


ATU AMPAR BANAR SI CHEN HAHAH!!!
Si Chen kapisan naik bukit markucing ah hahah ampus ia mcm nda lagi sanggup kan naik bukit mcm mana ne pengerusi rekreasi hahah tapi nda apa semangatnya masih ada last2nya sampai jua ke ujung pas tu kami mandi wasai....sejuk nyerrr...
DINGATKAN KPD SEMUA AHLI DAN PEMAIN KBFK BAHAWA KITANI AKAN BALIK ASRAMA KUPU SB PADA 11HB.JAN,2009 HARI AHAD ANI, SO JGN LUPA SEGALA KELENGKAPAN LATIHAN BOLASEPAK DIBAWA OK?? PUAS2 TH ENJOY AH TINGGAL SEMINGGU GANYA LAGI NE K, MUDAHAN KITANI DIRAHMATI OLEH ALLAH AMIN....

Thursday, January 1, 2009

selamat tahun baru 2009

kepada kbfk,selamat tahun baru 2009..kuatkan th azam atu..semoga apa yg d impikan semuanya tercapai..hehe.
SELAMAT TAHUN BARU 2009 KPD SEMUA PEMAIN DAN AJK KBFK, SEMOGA KITANI SEMUA DIRAHMATI OLEH ALLAH AMIN....IKHLAS DPD PENGERUSI KBFK.

Wednesday, December 31, 2008

PEMBERITAHUAN :
KEPADA SEMUA PEMAIN KBFK DAN AJK KBFK BAHAWA KITANI ADA GAME FRNDLY LWN TEAM TUTONG LAGI TAPI NDA TAU APA NAMA TEAM DURANG ANI. GAME ATU DIADAKAN PADA 16HB JANUARI, 2009-HARI JUMA'AT SEBELAH PETANG. JADINYA, BUKA SEMESTER 2009 ANI TANI AKAN MENGADAKAN LATIHAN UTK FITNES MULAI DARI HARI ISNIN-RABU JAM 04.30PETANG. DIHARAP SEMUA PEMAIN AKAN DAPAT MEMBERI KERJASAMA. TEMPAT BELAWAN IAITU DI TUTONG KOMPLEKS. DIHARAPKAN JUA SEMUA PEMAIN AKAN DAPAT MEMBAWA STUPUR DAN SEBAGAINYA UTK SESI LATIHAN YG AKAN BERMULA PADA 12HB JANUARI, 2009.
SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.
KBFK (3) vs TUTONG (1)
Muda Hasim, Tutong - Pada 31hb.Dis,2008 iaitu hari Rabu, KBFK berjaya menumpaskan Tutong dengan jaringan 3 - 1. Tutong berjaya membuka tirai perlawanan dengan 1 gol tetapi tidak dapat bertahan lama kerana Mahardi(KBFK) berjaya menyamakan kedudukan hasil rimbatan beliau di dalam petak D pada separuh masa pertama. Perlawanan diteruskan hingga wisel penamat bagi separuh masa pertama dan kedudukan masih terikat 1 - 1.
Sebaik saja wisel ditiup bagi separuh masa ke-2, pihak lawan terus mencari ruang untuk menambahkan jaringan mereka namun berjaya di halang oleh pemain pertahanan KBFK. KBFK mula mencorak permainan dan mengatur serangan demi serangan sehinggakan pihak lawan terpaksa berkerja keras untuk menghalang serangan KBFK. Sungguh pun yg demikian, KBFK berjaya menyumbat 1 gol untuk mendahului pihak lawan iaitu hasil sepakan Azri. Ali Noor terpaksa keluar padang dan digantikan dengan Ak Izzat setelah beliau dikasari. KBFK berjaya menambah jaringan melalui sepakan penalti sebaik saja Mahardi dikasari dalam petak D, Shaifuddin berjaya melakukan sepakan penalti dengan sempurna.
Walaupun pihak lawan ketinggalan 2 gol namun mereka masih berjuang untuk mencari gol tetapi semua percubaan yg dibuat dapat di halang oleh penjaga gawang KBFK iaitu Al Hafiz, beliau bermain dengan baik dan beliau juga menjadi "Pemain Terbaik" KBFK. KBFK bermain dengan baik dan Kedudukan 3 - 1 kekal hingga akhir perlawanan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada KBFK semoga terus berjaya.
PEMAIN YG TERLIBAT :
1. Al Hafiz.
2. Hamiduddin (c).
3. Rafi'udin.
4. Yusdi.
5. Ak Arif.
6. Shaifuddin.
7. Ali Noor.
8. Haji Asren.
9. Azri.
10. Mahardi.
11. Haji Ali Rasyid.
12. Ak Izzat.
13. Zaim.
*SIMPANAN HANYA 2 PEMAIN SAHAJA DAN APA YG DIHARAPKAN KEPADA PEMAIN YG TIDAK HADIR SUPAYA AKAN DAPAT HADIR DEMI KEBAIKAN KITANI SEMUA DALAM MEMBENTUK CORAK PEMAINAN DAN PERSEFAHAMAN. SEKIAN

Tuesday, December 30, 2008


MAKLUMAN :
DIMAKLUMKAN KPD SEMUA PEMAIN DAN AJK KBFK BAHAWA PADA 31HB.DIS,2008 HARI RABU ANI, KITANI ADA GAME FRNDLY DGN TEAM TUTONG DI PADANG SEKOLAH RENDAH MUDA HASIM JAM 03.00 PETANG. DIHARAP SEMUA PEMAIN AKAN DAPAT HADIR DAN HARAP MAKLUM...SEKIAN DISAMPAIKAN

Monday, December 29, 2008

KBFK (2) VS BIRAU TUTONG (3)
Perlawanan persahabatan pada musim cuti semester ini diteruskan lagi dengan menetang Birau pada 29hb.Dis,2008 iaitu pada hari Isnin. perlawanan tersebut bermula pada jam 04:15 petang, di padang Sekolah Rendah Muda Hasim Tutong. Birau telah mendahului 3 gol tanpa balas pada separuh masa pertama. sebaik saja separuh masa ke-2 bermula KBFK mengatur gerakan demi gerakan akhirnya KBFK berjaya menyumbat 1 gol hasil sepakan kencang di dalam petak D yang dibuat oleh Haji Asren. KBFK tidak memberi peluang kepada pasukan lawan, KBFK terus mengatur serangan demi serangan walau pun beberapa percubaan dibuat namun masih belum berjaya menambah jaringan. kemudian KBFK akhirnya berjaya menambah 1 gol lagi, sepakan kencang yg dibuat oleh Ak Arib telah berjaya mengatasi penjaga gawang diluar petak D.

Kedudukan menjadi 3 - 2 hinggalah wisel penamat. Gol pertama Birau adalah 'OFFSIDE' tetapi pihak pengadil menafikan yang gol itu adalah 'OFFSIDE'. walaubagaimana pun pemain KBFK terpaksa akur kepada pengadil, tetapi KBFK memberikan saingan di separuh masa kedua sehinggakan pasukan Birau terpaksa bertungkus-lumus mematahkan serangan yang dibuat oleh KBFK.

Pemain yang terlibat :

  1. Assrol.
  2. Hamidudin.
  3. Rafi'udin.
  4. Yusdi.
  5. Ak Izzat.
  6. Ali Noor.
  7. Saifuddin.
  8. Haji Asren.
  9. Iswandy.
  10. Azri.
  11. Al Hafiz.
  12. Haji Ali Rasyid.
  13. Abd Rasyid.
  14. Ak Arib.
PEMAIN HANYA MENCUKUPI, DIHARAP KEPADA PEMAIN YG TIDAK TERLIBAT SUPAYA AKAN DAPAT HADIR DLM SEBARANG PERLAWANAN. INI ADALAH UNTUK KEBAIKAN KITANI DALAM MEMBENTUK SEFAHAMAN ANTARA PEMAIN-PEMAIN SEWAKTU DI DALAM PADANG AMNYA. SEKIAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DI UCAPKAN KPD KBFK. TERUSKAN PERJUANGAN BISKITA....

Sunday, December 28, 2008

MAKLUMAN:
kepada semua pemain KBFK bahawa kitani akan meneruskan perlawanan persahabatan esok iaitu pada 29hb.Dis,2008 hari isnin, menentang BIRAU di padang SR MUDA HASIM Tutong, oleh yg demikian, semua pemain dikehendaki hadir untuk sama-sama menjayakan perlawanan esok, kitani akan memakai baju jersi warna kuning adidas...dtg disana pada jam 03.00petang sekian harap maklum...

Saturday, December 27, 2008

Friday, December 26, 2008

KBFK (4) vs TEAM FAMILI SI AKIP (2):
perlawanan persahabatan telah pun berlangsung pada 26hb Dis, 2008 iaitu pada hari Juma'at. perlawanan dimulakan pada jam 4.45ptg yg mana perlawanan tersebut berkesudahan 4 - 2. pada separuh masa pertama KBFK hanya mampu seri 1 - 1 Walau bagaimanapun, KBFK banyak mencipta peluang tetapi gagal disempurnakan dengan baik KBFK membuka terai gol pertama hasil sepakan yg cantik yg dibuat oleh Ali Noor di luar petak D pada separuh masa pertama namun, tidak lama selepas itu pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan. Pada separuh masa ke-2 pihak lawan berjaya menghasilkan gol iaitu hasil dari kesilapan penjaga gawang KBFK, pihak lawan berjaya mendahului KBFK dengan jaringan yg ke-dua. Atas semangat yg kental KBFK berjaya mengikat kedudukan hasil dari sepakan Saifuddin. KBFK berjaya menyumbat gol yg ke-3 hasil dari Hamidudin dan seterusnya beliau berjaya menghasilkan gol yg ke-2 bagi beliau dan jaringan tersebut mengukuhkan kedudukan menjadi 4 - 2 hingga tamat perlawanan. 2 kad kuning telah dilayangkan kepada pihak lawan kerana mengasari dua org pemain KBFK, walau bagaimana pun tiada sebarang kecederaan yg di laporkan.

Pemain yg terlibat dalam perlawanan tersebut :
1. Qamarul.
2. Hamidudin.
3. Acong.
4. Ak Arib.
5. Yusdi.
6. Ali Noor.
7. Saifuddin.
8. Haji Asren.
9. Al Hafiz.
10. Atailah.
11. Haji Md Ali Rasyid. (acet..hhe)
* Tiada simpanan, pemain hanya mencukupi 11 pemain, diharap kepada pemain yg lain supaya dapat menghadiri dalam sebarang perlawanan sewatu cuti ini.


Tuesday, December 23, 2008

MAKLUMAN :
dimaklumkan kepada semua pemain KBFK, team BIRAU Tutong merunding belawan bula persahabatan pada 29hb Dis ani di pdg SR MUDA HASIM, so siapa yang dapat gto buat dlm borak2 k suk durg mau jawapan dri tani...

Monday, December 22, 2008